Kau adalah ogos kelmarin,
Yang menjadi mimpi dan impiku untuk ogos akan datang.
Kau adalah yang telah jauh berlalu tapi menjadi tujuanku hari esok.
Kau adalah yang terlepas namun masihku genggam.
Kau adalah rahsia yang ingin aku hebohkan. Luas langit inginku tulis dengan namamu. Sedalam lautan inginku jadikan dakwat memujimu.
Seandainya mereka mengerti erti sebuah rindu, maka mereka akan mengerti senyumku tanpamu.
Dan apakah rindu?
Rindu adalah melupakan diriku untuk menikmati indah mengenangmu.