Saturday, July 2, 2022

Puisi : Cinta dan Bunga

Ketika engkau menyirami bunga, sehingga ia tumbuh dan kembang, adakah kau mengharap bunga mengucapkan terima kasih padamu?


Ketika engkau lihat bunga kembang mekar, adakah kau mencemburui indahnya bunga?


Ketika engkau menghidu bunga, tenang dengan wangiannya, adakah kau mengharap bunga mengucupmu kembali?


Ketika engkau melihat indah bunga dari jauh, adakah berbeza rasamu dengan ketika kau melihatnya dari dekat?


Ketika engkau mengamati indahnya bunga, adakah pada waktu sama engkau sibuk mencari keindahan pada dirimu?


Dan, adakah beza indahnya bunga yang tumbuh di hutan berbanding bunga yang tumbuh di halamanmu?


Bunga, tanpamu, tetap akan mekar kerana hujan tetap akan menyiraminya.


Fahami.


Tidak ada orang mencinta rela cintanya bertepuk sebelah tangan. Namun syarat cinta bukanlah perlu balasan.


Cukuplah dikatakan cinta apabila diri mengerti menghargai senyuman insan yang dicintainya.


Itulah cinta. Mensyukuri wujudnya si dia sebagai hal terindah dalam selitan-selitan hidupmu. 


Jika kau belum mengerti maksud penulis, tanyakanlah hatimu. Adakah engkau mencintainya, atau engkau lebih mencintai dirimu?


Hidayat Mariadi

3 Julai

Kota Kinabalu 


#sekadarpuisi

No comments:

Post a Comment